Bagaimana Makanan Tinggi Protein dikatakan Punca kepada Gout? Bacaan asas yang paling mudah difahami
Makanan tinggi purin? Apa tu?
Purin adalah sejenis bahan kimia yang terdapat secara semula jadi dalam sel-sel badan kita dan dalam makanan tertentu, terutamanya makanan yang kaya dengan protein. Apabila purin dipecahkan oleh badan, ia menghasilkan asid urik sebagai hasil sampingan.
Apa kaitan antara purin dan protein?
- Purin dalam Protein:
- Purin adalah sebahagian daripada asid nukleik (DNA dan RNA) yang terdapat dalam sel-sel makhluk hidup. Jadi, makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, ikan, dan organ dalaman (hati, ginjal) mengandungi banyak purin kerana ia berasal daripada sel-sel haiwan yang kaya dengan protein.
- Proses Pecahan Purin:
- Apabila anda makan makanan yang mengandungi purin, badan anda akan memecahkan purin tersebut semasa proses pencernaan. Dalam proses ini, purin akan diubah menjadi asid urik.
- Penghasilan Asid Urik:
- Asid urik biasanya dikeluarkan melalui air kencing. Jika badan menghasilkan terlalu banyak asid urik atau buah pinggang tidak dapat menyingkirkannya dengan baik, ia boleh terkumpul dalam darah dan membentuk kristal asid urik di sendi, yang menyebabkan gout.
Jadi, dah tahu macamana gout boleh terjadi? Peringkat ketiga di atas adalah peringkat yang penting yang menentukan berlakunya gout dalam badan.
Untuk pemahaman, dalam bahasa mudahnya :
- Purin terdapat dalam makanan yang kaya dengan protein (daging, ikan, organ dalaman).
- Badan pecahkan purin dan hasilkan asid urik.
- Jika terlalu banyak asid urik, ia boleh menyebabkan masalah seperti gout.
Purin datang daripada protein dalam makanan haiwan, dan makanan berasaskan tumbuhan (seperti soya) biasanya mempunyai kurang purin.
Jadi, pengambilan protein dari sumber tumbuhan mungkin lebih baik untuk mengelakkan peningkatan asid urik.
Contoh makanan tinggi protein yang selamat dari kuantiti purin yang tinggi boleh rujuk di link ini.
Jika anda selama ini sudah makan banyak makanan tinggi purin, boleh buat langkah langkah di bawah untuk kurangkan gout:
Tingkatkan Pengambilan Air: Minum banyak air setiap hari (sekurang-kurangnya 2-3 liter) untuk membantu membuang asid urik dari badan dan mengelakkan pembentukan kristal dalam sendi.
Hadkan Makanan Tinggi Purin: Kurangkan pengambilan daging merah, makanan laut seperti udang dan kerang, organ dalaman (seperti hati dan ginjal), serta minuman beralkohol, terutama bir, yang mengandungi purin tinggi.
Pilih Sumber Protein Alternatif: Gantikan daging dengan sumber protein yang rendah purin seperti telur, produk tenusu rendah lemak, dan tofu.
Kawalan Berat Badan: Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, menurunkan berat badan boleh membantu mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Lakukan secara berperingkat, kerana penurunan berat badan yang cepat boleh meningkatkan tahap asid urik. Buat detox yang terbaik.
Pengambilan Vitamin C: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu menurunkan tahap asid urik dalam darah. Anda boleh mengambil suplemen vitamin C atau lebihkan buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan strawberi.
Hindari Minuman Manis: Kurangkan pengambilan minuman yang tinggi fruktosa, seperti minuman bergula dan soda, kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran asid urik.
Pengambilan Ubat: Jika tahap asid urik anda sudah tinggi, berbincang dengan doktor mengenai ubat-ubatan seperti allopurinol atau febuxostat yang boleh membantu menurunkan tahap asid urik.
Amalkan Makanan yang Membantu Mengurangkan Gout: Makanan seperti ceri, kopi tanpa gula, serta sayur-sayuran hijau (yang rendah purin) mungkin membantu mengurangkan serangan gout.
Antioksida : Pengambilan antioksida yang tinggi membantu banyak dalam menurunkan paras gout dalam badan. Supplemen antioksida seperti Vivix dan ResV membantu mengurangkan keradangan sendi, melindungi sel dari semakin rosak dan menggalakkan kesan pemulihan yang rosak akibat gout ini.
Mengambil Omega 3 dalam diet : Menambahkan pengambilan sumber semulajadi Omega 3 dalam pemakanan harian membantu menurunkan gout, tetapi berhati hati dengan sumber ikan yang mempunyai purin yang tinggi seperti sardin dan kembung. Cara yang selamat adalah dengan mengambil Omega Guard yang mengandungi spektrum Omega 3 yang lengkap yang mampu membantu menurunkan keradangan, mencegah dari seranagn gout yang berulang dan memelihara sendi dengan sihat.
Mengubah gaya hidup secara konsisten akan membantu menurunkan risiko gout dalam jangka masa panjang. Insyaallah. Sejak pkp-covid tempoh hari, rakyat dunia dah sangat sedar akan kepentingan nikmatnya kesihatan yang tak ternilai harganya.
Comments
Post a Comment