10 Tips Kurus Dengan Cepat dan Selamat berserta bonus tips advanced

Sekarang ni, banyak betul tips nak kurus, ambil produk dan auto kurus. Kita dengar pun, mesti rasa sangat teruja, kan? Yelah, dalam kesibukan kerja, kesibukan masa, nak uruskan keluarga dan macam macam komitmen, kita mesti nak cari suatu solusi penyelesaian masalah untuk isu tips kurus dengan cepat ni.

kurus yoyo, kurus bahaya, diet selamat, kurus berkesan

aduiii tak sanggup jadi macam ni!

Nanti dulu!

Sebenarnya, anda tertinggal satu lagi perkataan untuk pencarian ini, iaitu Tips Kurus Dengan Cepat dan Selamat. 

Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, ada juga produk yang claim selamat, tapi mengandungi bahan yang diragui. Untuk memudahkan anda, saya letak terus pesanan KKM di sini :


Ditulis di link : http://www.myhealth.gov.my/pil-pelangsing/, ada sejenis herba Ephedra yang biasa digunakan dalam produk pengurusan badan yang dilarang, tetapi masih diakui selamat oleh syarikat pengeluar.

Ada juga disenaraikan bahan bahan lain yang beri kesan sampingan pada badan jika gunakan :

1. Orlistat : aktiviti usus terganggu kerana ia menghalang penyerapan vitamin larut lemak dan beta carotene.

2. Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening kepala, sembelit, pedih ulu hati, mulut kering, lemah badan, sakit belakang, cemas, perubahan selera makan, muka menjadi merah, gejala selesema dan kesakitan semasa datang haid.

3. Phentermine boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mulut kering, rasa yang tidak menyenangkan, sembelit dan muntah 

Hmm. susah juga kan nak cari ubat kurus yang diakui selamat KKM ni kan? Kalau nak cepat kurus, kena ada mindset untuk jaga pemakanan dan buat juga aktiviti fizikal.


10 Tips Kurus Dengan Cepat dan Selamat yang berkesan dan praktikal


1. Elakkan ambil portion karbohidrat yang banyak. Amabil secara bersukat, ikut suku suku separuh. Contohnya, ambil segenggam nasi dan lebihkan lauk pauk separuh pinggan. Contoh karbohidrat : nasi, mee, ubi

2. Elakkan makanan yang berasaskan tepung gandum, seperti kuih muih.

3. Elakkan makanan dan minuman bergula. Semasa tempoh untuk kurus selamat ni, cuba ambil kopi O, teh O semuanya tanpa gula, dan semestinya banyakkan pengambilan air masak sehari. Cara sukatan, setiap 25 kg badan, ambil 1 liter air. Jika anda 50 kg, ambil 2 liter air. mudah kan?

4. Banyakkan pengambilan protein dan fibre.

5. Sertakan bersama sama senaman setiap hari dalam 10 hingga 20 minit untuk permulaan. Menurut tips dari Hello Doktor, disarankan bersenam 30 minit setiap hari. Ada banyak Youtube yang boleh anda tengok contohnya "senaman kuruskan lengan", "Senaman kempiskan perut". 

6. Jaga waktu tidur setiap hari. Jangan tidur terlalu lewat, sebab secara semulajadi, badan kita akan jalani proses detoks bermula jam 11 malam, dan bila kita tidur, proses detoks akan lebih effisyen.

7. Elakkan pengambilan perisa makanan yang terlalu banyak. Juga dalam masakan, kurangkan penggunaan sos tiram dan sos cili atau kicap.

8. Kurangkan stress setiap hari dan cari cara supaya dapat kawal emosi.

9. Berpuasa sunat Isnin Khamis ataupun boleh pilih untuk buat intermittent fasting. Kedua duanya ada kajian saintifik yang membuktikan cara ini sangat berkesan untuk turunkan berat badan. Apa itu intermittent fasting atau IF rujuk di sini.

10. Seelok eloknya makan sebelum jam 8 malam, supaya 4 jam sebelum tidur jam 12 kita tidak lagi mengambil apa apa makanan selain air kosong.

Tips Advance untuk Kurus dengan Cepat dan Selamat.

Ya, cara ini memang selamat dan cepat. Saya sendiri dah buat 10 tips di atas dan ambil set kurus Shaklee di bawah ni. Melalui cara ini, saya dapat kurangkan berat badan dari 64 kg kepada 59 kg dalam masa 2 bulan.

Insyaallah, bahan bahan dalam setiap supplement di bawah ini selamat kerana melalui piawaian ketat dari makmal setiap kali pengeluarannya.

Semua supplement ini dapat kelulusan KKM kecuali Vivix yang didaftarkan di bawah kategori makanan yang pastinya ada kajian saintifik nya yang tersendiri.


Supplement yang termasuk dalam Set Kurus Shaklee cara Ainul ni :


1. Herblax : Herblax penting untuk detoks usus. Bila toksin dan kotoran keluar dari badan, penyerapan nutrisi lain sangat cepat dan berkesan. Ambil tips ni bila awak makan vitamin, tak nampak kesan, ya, mungkin terlalu banyak dah toksin terkumpul dalam badan awak.

2. Cinch Shake Protein : Mengandungi Leusin yang tinggi yang bantu lemak dicairkan dengan cepat tanpa menggangu otot. 
Otot sangat penting untuk kita buat kerja harian. Kalau otot yang terbakar, kita akan jadi cepat penat dan letih lesu.
(Haa.. perasan tak kenapa uol diet cepat pitam? Salah satu sebab sebab otot dah terbakar sama)
Cinch ni sangat best untuk buat kita tahan lapar. Ia mengandungi multivitamin supaya badan kita cukup nutrisi lain sewaktu buat IF contohnya atau kita ambil makanan yang tidak berkhasiat akibat kesuntukan masa bekerja dan sebagainya. (makan roti sosaj, goreng nugget untuk anak anak sebab penyediaannya cepat, tapi ni salah satu menyebabkan target kuruskan badan terganggu, ya)

3. Lecithin. Lecithin adalah agen pembakar lemak dalam badan. Kita sangat memerlukan lecithin tambahan supaya cukup semua lemak yang masuk ke dalam badan kita cukup dibakar.

4. Omega Guard mengandungi omega 3 yang membantu dalam menstabilkan hormon badan. Jika selama ini kita terlalu bernafsu untuk ambil sesuatu makanan, contohnya coklat dan gula, omega membantu menstabilkan semula hormon dan membuatkan kita rasa cukup dengan makanan berkhasiat saja.
Selain itu, Omega guard juga membantu membakar lemak yang melekat pada organ organ dalam badan, yang menghalang pengaliran darah mengalir dengan lancar dan sistem pengaliran darah mulai normal.

5. Vivix ni antioksida yang sangat tinggi dengan resveratrol yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan, mencergaskan badan dan membakar lemak dengan sangat berkesan. Sebab itu, siapa yang ambil set kurus cara Ainul akan ada kesan penurunan berat badan atau inches loss dalam masa yang singkat dari kebiasaannya.


Jomlah kita turunkan berat badan dengan selamat. Hati tak risau, di samping kita dah tak perlu hadap kesan kesan sampingan yang bukan saja mengganggu kesihatan, tapi kita juga dah tak risau nak sediakan duit tanpa sedar untuk rawatan lain di hospital pula akibat kesan sampingan yang berpanjangan nanti.


Ainul doakan kita semua capai target turunkan berat badan dengan selamat, sebab banyak lagi komitmen yang boleh diselesaikan dengan cepat, perlu kita uruskan bila dah kurus nanti.

SET KURUS SHAKLEE CARA AINUL :
Pengedar Shaklee Kajang
Pos seluruh Malaysia

Comments