Intermittent Fasting

Intermittent Fasting, Kurus cara sihat, diet sihat
Intermittent Fasting

Mencari info tentang Intermittent Fasting?

Ramai sangat kan dah buat Intermittent Fasting (IF) ni. Nak kurus? Nak detox? Nak sihat?

Maksud IF

Jom kita tengok definisi IF tu apa :

Intermittent fasting means that you don't eat for a period of time each day or week

Ainul dah tolong korang carikan makna IF dari sumber yang diyakini. Rujukan di atas ni dari :

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/intermittent-fasting/faq-20441303

Ha, dah dapat idea, kan?

Maksudnya, kita berikan badan untuk BERPUASA dalam tempoh tertentu untuk satu hari. Ini idea utamanya.

Jenis jenis IF

  1. Alternate day fasting : Makan secara normal hari pertama, dan jaga kalori pada hari kedua dengan ambil meal yang kalorinya kurang dari hari biasa. Ulang kitaran ini.
  2. 5:2 Fasting : Dalam seminggu, makan secara biasa untuk 5 hari, puasa untuk dua hari. Eh, ni kan anjuran Islam untuk kita berpuasa Isnin dan Khamis dalam seminggu? Hmm.. make sense la!
  3. Daily time restricted fasting : Makan secara normal dalam sehari dalam tempoh masa 8 jam. Selebihnya, 16 jam seterusnya, kita puasa.
Cara yang ketiga ni memang sangat popular, kan?

Entry ni Ainul tulis santai santai dulu, tapi insyaallah segala info IF ni akan ditulis dalam rangkaian entry yang selanjutnya.

Pengalaman IF


Ainul pun dah buat cara yang ketiga ni, sebenarnya.

Ainul start betul betul untuk buat IF ni, tiga minggu sebelum ke Switzerland tiga bulan yang lepas. 

Masa mula mula sebelum IF tu, berat Ainul 63 kg, Allahuakbar.

Korang tahu tak, yang Ainul punyalah takut nak tengok penimbang sejak peristiwa keguguran yang lepas? Oh, cerita ni kita skip nanti2, insyaallah Ainul akan cerita kemudian.

So, memandangkan kita dah nak get ready packing beg Swiss, Ainul terfikir, aduhh, segala baju baju sejuk masa ke Itali, Jepun dan Korea dulu masih ada, sayangnya nak beli yang baru.

Hihi, kelakar, kan? 

Jadinya masa tu terus tekad, kena loose weight secepat yang mungkin!

Kalau korang nak tahu, sebelum ni, Ainul memang dah pernah buat Detox Shaklee, alhamdulillah, masa buat detox Shaklee ni, lama sungguh kesan positif dia. So, dalam hati memang dah PERCAYA yang cara ni bagi kesan yang bagus.

Kali ni, Ainul nak result lagi cepat.

So, melalui pembacaan, gayanya sesiapa yang dah buat IF akan dapat result cepat juga.

Yeah, it's the RIGHT time untuk cuba buat dua dua cara.

Masa percubaan : satu minggu. Masa ni banyak skip skip sebab baru belajar.

Betul betul IF : dua minggu yang seterusnya.

Result, masyaallah, tak sangka, yang selama konon konon nak diet tapi tak kuat semangat tu, tak turun turun pun berat badan punyalah lama, hampir setahun lebih, kot?

Kali ni, dengan IF dan detox Shaklee;

Masa mula : 63 kg
3 minggu seterusnya : 59 kg!

Happy sesangat masa ni!

Next entry Ainul akan cerita macammana Ainul buat IF ni sampai menjadi macam ni.

Oh, kalau ada soalan lagi bagus, boleh bagi idea pada Ainul untuk share dan jawab persoalan persoalan yang korang nak tahu, kan?


Kita jumpa lagi!

Spread the aura with love,

Ainul Malik
0163353567

Comments

Post a Comment