TIPS IBU BERPANTANG CEASER LUKA CZER CEPAT SEMBUH
Luka cesar atau pembedahan untuk melahirkan anak memerlukan penjagaan yang rapi. Proses untuk bersalin tidaklah sesakit seperti bersalin normal yang bertarung nyawa untuk melahirkan, kerana apa? kerana KITA dicucuk tulang belakang dan diberi bius yang membuatkan kita tidak merasa sakit langsung semasa dibedah. Inilah pengalaman saya setelah tiga kali dibedah untuk melahirkan anak, yang pertama melalui emergency cesar, dan lagi dua pembedahan melalui elective cesar iaitu pembedahan yang diaturkan dan dijadualkan. Tetapi, sebaik sahaja hilang bius dari badan, bersedialah, kita bakal menanggung kesakitan yang amat sakit sehingga luka luar dan dalam badan kita sembuh kembali. Seminggu boleh sembuh? Jarang sekali Dua minggu? Sebulan? Tiga bulan? Setahun? Ya, masih ramai yang mengalami kesakitan walaupun telah setahun melahirkan anak melalui pembedahan. Inilah trauma yang kami alami, sebagai ibu ibu czer ini. Saya mengalami trauma yang amat dasyat semasa kelahiran anak pertama, tetapi