TIPS IBU BERPANTANG CEASER LUKA CZER CEPAT SEMBUH

 


Luka cesar atau pembedahan untuk melahirkan anak memerlukan penjagaan yang rapi. 

Proses untuk bersalin tidaklah sesakit seperti bersalin normal yang bertarung nyawa untuk melahirkan, kerana apa? kerana KITA dicucuk tulang belakang dan diberi bius yang membuatkan kita tidak merasa sakit langsung semasa dibedah.

Inilah pengalaman saya setelah tiga kali dibedah untuk melahirkan anak, yang pertama melalui emergency cesar, dan lagi dua pembedahan melalui elective cesar iaitu pembedahan yang diaturkan dan dijadualkan.

Tetapi, sebaik sahaja hilang bius dari badan, bersedialah, kita bakal menanggung kesakitan yang amat sakit sehingga luka luar dan dalam badan kita sembuh kembali.



Seminggu boleh sembuh? Jarang sekali 

Dua minggu?

Sebulan?

Tiga bulan?

Setahun? Ya, masih ramai yang mengalami kesakitan walaupun telah setahun melahirkan anak melalui pembedahan.


Inilah trauma yang kami alami, sebagai ibu ibu czer ini.

Saya mengalami trauma yang amat dasyat semasa kelahiran anak pertama, tetapi ALHAMDULILLAH, untuk anak kedua dan ketiga, saya telah pandai menguruskan diri semasa berpantang.

Pertama sekali, wajib dapatkan rehat yang cukup. Mengapa?

1) kerana semasa kita berehat, sel sel badan yang telah dipotong tujuh lapisan di perut akan melalui proses pemulihan.

2) semasa berehat, badan tidak bergerak gerak dan mengganggu luka jahitan tadi untuk dipulihkan.

3) jika kita melakukan aktiviti lasak dan berat tanpa sedar (kerana wanita ni dah terbiasa lakukan kerja rumah, termasuklah mengangkat bakul besar berisi kain kotor yang penuh dan mengangkat tong gas, kita dah anggap kerja itu sebagai rutin yang biasa) jahitan pada luka czer tersebut makin longgar dan menganggu proses pemulihan luka.

Nampak kan betapa pentingnya kita berpantang dan berehat sepanjang tempoh berpantang. Sebab itu, cakap orang tua tua sebenarnya ada betulnya, jaga pantang 44 hari dan jika berkemampuan jagalah sehingga hari yang ke 60.  Biasanya, kita ibu ibu zaman moden ni jarang dapat berehat hingga hari ke 60, dua minggu pun dah bangun semula atas desakan komitmen keperluan mahupun naluri untuk menguruskan rumah kita, betul ke?

Tips yang seterusnya boleh diikuti dari panduan saya di dalam video bawah ini.


Video TikTok Tips Ibu Berpantang Ceaser
 

@ainulmalik83 Paling penting untuk ibu berpantang caeser, jaga luka daripada terbuka kembali. Semoga tidak berlaku darah beku dalam perut, itu sangat menakutkan. Be strong, ibu kena kuat sebab anakmu memerlukanmu ❤️ #mogacepatsembuh #ibuberpantangczer #ibubersalinczer #bersalinpembedahan #ibuczerkuat #cesarean #caesar #pengedarshakleekajang #pemgedarshakleeperak #pengedarshakleeipoh #pengedarshakleetaiping #setberpantang #antioksidan #codkajang ♬ original sound - Ainul Malik | UkhwahTillJannah

Jika mahukan penyembuhan segera, dapatkan polifenol dan set berpantang bersalin cesar ini daripada saya ye. Insyaallah, extra bonus yang anda dapat adalah servis konsultasi dari saya sepanjang ibu ibu mengambil set ini. Kalaulah beli sendiri di rak kedai luar, semua atas tanggungan kita sendiri, kan?

Salam salam dari saya, moga cepat sembuh ibu ibu berpantang cesar.




 

Comments