Keperluan Nutrisi Ibu Berpantang Untuk Pastikan Luka Cepat Sembuh dan Pemulihan Diri Berlaku dengan Cepat

Selama SEMBILAN BULAN seorang ibu telah bersabar untuk hamil dan mengandung, seterusnya ibu itu akan melalui proses melahirkan anak pula.

Ya, ibu itu adalah anda, orang yang sedang membaca artikel ini. Moga membantu banyak untuk mengembalikan keadaan tubuh yang cantik sebelum ini kepada yang lebih cantik dan "bergetah" selepas tempoh berpantang, insyaallah.



Proses melahirkan dan mengandung melibatkan perubahan besar dalam tubuh wanita yang boleh menyebabkan beberapa kerosakan sel atau tisu.

Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa tubuh juga dilengkapi dengan mekanisme semula jadi untuk pemulihan. Beberapa kerosakan yang mungkin terjadi termasuk:

  1. 1) Robekan Jaringan:

    • Proses melahirkan boleh menyebabkan robekan pada jaringan perineum (bahagian di antara vagina dan dubur) atau dalam kes tertentu, pada rahim. Robekan ini biasanya dijahit semula semasa prosedur pembedahan selepas bersalin.

  2. 2) Peregangan Otot dan Ligamen:

    • Peregangan otot perut dan ligamen panggul berlaku semasa mengandung, dan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kelemahan. Walaubagaimanapun, otot dan ligamen biasanya pulih dengan masa dan senaman.

  3. 3) Perubahan Hormon:

    • Hormon seperti estrogen dan progesteron meningkat semasa mengandung untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Selepas bersalin, tahap hormon ini akan turun secara drastik, yang boleh menyebabkan perubahan mood dan perubahan fisik dalam tubuh.

  4. 4) Luka Caesar (C-section):

    • Untuk wanita yang menjalani pembedahan Caesar, luka bedah pada perut adalah satu lagi jenis kerosakan yang boleh berlaku. Luka ini memerlukan penjagaan khusus dan waktu pemulihan yang lebih lama.

  5. 5) Perubahan pada Payudara:

    • Proses menyusu dan pengeluaran susu boleh menyebabkan perubahan pada struktur payudara. Payudara mungkin menjadi lebih besar dan lebih pejal semasa mengandung, dan selepas bersalin, payudara akan mengalami proses penyusuan yang boleh menyebabkan peregangan kulit dan kelainan bentuk.

Sewaktu berpantang, jangan lupa jaga kesihatan sebaiknya kerana tempoh ini adalah tempoh pemulihan badan.

Dalam tradisi masyarakat Malaysia, ibu berpantang merujuk kepada tempoh selepas bersalin di mana ibu baru melahirkan perlu menjalani penjagaan khas untuk pulih daripada proses kelahiran dan menguatkan tubuh badan.

Antara faktor besar yang mempengaruhi keadaan dan kesihatan ibu berpantang adalah pemakanan kita.

Nutrisi yang seimbang dan berkhasiat adalah penting untuk membantu pemulihan ibu berpantang. Berikut adalah beberapa keperluan nutrisi yang penting untuk ibu berpantang dalam mempercepatkan pemulihan badan, penyembuhan luka dan menstabilkan semula keadaan asal tubuh badan si ibu:

1) Zat Besi dan Asid Folik (Vitalize)

    • Penting untuk membantu menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin.
2) Protein (ESP)
    • Penting untuk pembaikan tisu dan pembentukan otot.

  1. 3) Kalsium (Ostenutrix)


    • Membantu memperkuatkan tulang dan gigi.

  2. 4) Vitamin C (Sustained release Vitamin C)


    • Membantu dalam penyerapan zat besi, menyembuhkan luka dengan cepat dan untuk menguatkan imuniti badan supaya ibu berpantang kurang dijangkiti penyakit.

  3. 5) Fiber (Alfalfa)


    • Penting untuk mengelakkan sembelit yang mungkin dialami semasa tempoh berpantang.

  4. 6) Mineral dan Vitamin K (Vitalize)

    • Penting untuk membantu proses penyembuhan luka selepas bersalin.
7) B kompleks

Penting untuk saraf yang baik, emosi dan keserian wajah ibu berpantang



Menstabilkan hormon, mengawal emosi dan penurunan lemak badan dengan cepat.

  1. 9) Polifenol

Polifenol memang membantu meremajakan sel sel badan, yang membantu memperlambatkan proses penuaan. Pemulihan badan ibu berpantang memerlukan nutrisi polifenol agar proses proses penyembuhan dan pembaikan sel dapat berlaku dengan baik.



Fungsi protein adalah untuk memperbaharui sel. Bila sel badan rosak akibat dipotong mahupun pembedahan, protein yang mencukupi diperlukan untuk membina sel sel baru. Dengan cara ini, penyembuhan luka juga berlaku dengan sangat cepat.

Saya, bersama anak kedua dan anak ketiga, selepas dua bulan lepas berpantang di usia 33 tahun, memang sangat sangat perlukan nutrisi yang baik untuk penyembuhan badan sepanjang berpantang.

Perkara utama yang penting untuk ibu berpantang, adalah emosi kita, kan?

Bila anak menangis, mula lah kita risau dan bermacam macam perasaan timbul. Semuanya adalah situasi normal asalkan kita boleh kawal diri dari stress.

Bila kita sakit dan belum sembuh, bermacam macam perasaan juga timbul. Sebab itulah dalam apa juga keadaan emosi ibu berpantang sangatlah penting untuk dijaga.

Bila kita berada dalam keadaan yang tenang, luka pun semakin sembuh, tenaga juga semakin hari semakin bertambah, insyaallah kita noleh menguruskan diri dan anak dengan baik semasa berpantang, bukan saja buat ibu ibu baru, malahan bagi ibu yang sudah sedia ada anak, cabarannya lebih besar.

Untuk dapatkan vitamin semulajadi yang selamat, sebagai keperluan nutrisi kita ibu berpantang, boleh klik pada gambar di bawah mahupun scan qr code untuk direct whatsapp saya ya. Insyaallah banyak membantu untuk penyembuhan luka dan pemulihan diri yang cepat.



Comments