Memenuhi Undangan Open House Raya, Tips do and donts Rumah Terbuka

Musim Syawal ni, jemputan ke rumah terbuka memang bersusun banyaknya! Alhamdulillah, masyarakat Malaysia sangat menjaga silaturrahim dan suka meraikan orang sekelilingnya. 

Budaya ini, walaupun kadangkala diselang seli dengan kekangan kewangan, tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk saling menganjurkan dan berkunjungan antara sama lain sebagai memeriahkan lagi suasana Aidilfitri yang dibudayakan berkurun lamanya.


Memenuhi undangan open house sahabat dunia akhirat. Penuh mejanya kan :) Alhamdulillah



Tips Do and Donts Rumah Terbuka

1. Susun pergerakan untuk ke Rumah Terbuka. Semak semua jemputan, tanda dan aturkan supaya kita boleh melancarkan pergerakan dari satu rumah ke rumah yang lain. Mana taknya, setiap minggu Raya, masalah besar yang kita tempuh adalah, JEM! 

2. Bawa bekalan air kosong di dalam kereta. Dengan jem, dengan jauhnya perjalanan, dengan mengambil makanan manis di rumah terbuka, sampai kita lupa untuk ambil air kosong sebanyak banyaknya untuk memastikan badan kita sihat sepanjang masa.

3. Simpan perut untuk makan di kesemua rumah yang menjemput. Mana taknya, kalau tidak dijaga, yang memulas sakit perut, dan masalah masalah perut yang lain, kita yang menanggungnya, kan?

4. Walaupun tuan rumah membuka rumahnya untuk menjamu tetamu secara besar besaran, itu tidak bermakna mereka membuka izin untuk kita meneroka ke seluruh rumahnya tanpa dijemput. Itu antara adab yang selalu kita jaga. Masih perlu mohon izin untuk tumpang ke bilik air, walaupun untuk ke dapur membasuh tangan di sinki dapur.

5. Lebih manis untuk kita bawa sekali buah tangan untuk tuan rumah, sebagai penghargaan Terima Kasih. Ia bukanlah sesuatu yang wajib, tapi dah orang berbudi, kita juga berbahasa.

Tips extra untuk Penjagaan Kesihatan :

1. Amalkan mengambil Vitamin C, atau menambahkan pengambilan vitamin C sebelum datang ke jemputan rumah terbuka, kerana sudah pasti kita terdedah dengan macam macam jangkitan di luar sana.

2. Jangan malu untuk memakai mask bila keluar dari kereta, jika kita tidak yakin dengan suasana di sesuatu tempat.

3. Jangan tinggalkan Alfalfa setiap hari. Alfalfa sangat best diambil oleh orang yang ada masalah angin badan, perut sensitif dan gastrik. Mana taknya, nak nak bila tuan rumah menjamu laksa yang sedap, kita makan dengan gembira sampai lupa badan cepat berangin. Insyaallah, masalah masalah yang berkaitan akan berkurangan dengan pengambilan Alfalfa yang konsisten.

laksa utara, badan berangin makan laksa, punca angin badan, alfalfa buang angin
Sedapnya jamuan rumah terbuka makan laksa utara :) badan berangin, cepat cepat ambil alfalfa ok


rumah terbuka, menu open house, kawal berat waktu open house
Ha.. dah tahu kan rahsia macammana saya menikmati makanan open house dengan gembira?



4. Jika makan banyak rendang, pulut mahupun kambing, jangan lupa ambil Omega Guard dan Lecithin yang membantu mengurangkan masalah kolesterol, mencairkan lemak, menstabilkan darah, menstabilkan paras gula dalam badan.





5. Set Hello New You sangat bagus diambil oleh anda yang risaukan kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang musim open house ni. Ia membantu untuk detoks badan, memelihara badan dari lemak yang tidak dicairkan dan membantu untuk dapatkan nutrisi yang seimbang dan secukupnya setiap hari.




Tidak salah menjaga kesihatan dari sekarang, sebelum terlambat. bak kata orang, nak gemuk sangat sekejap, nak kurus dan buang lelemak terpaksa ambil masa yang lama atas banyak sebab kesihatan dalaman kita sendiri.

Semoga terpelihara kita semuanya!
Selamat kunjung berkunjung di hari raya dengan gembira

Dapatkan vitamin sihat daripada saya,

Ainul Malik
0163353567

Pengedar Shaklee Kajang
Pos seluruh Malaysia
Nak tahu diskaun? Whatsapp : http://ainulmalik.wasap.my


#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Comments