Cerita Trauma dan Manis Tiga Kali Operate Cesar, Ini Testi Shaklee Saya

Semasa anak pertama lahir, saya sama sekali tak menyangka yang saya akan menjalani cesarean section atau c-sect.

Siapa yang sanggup sediakan perut untuk dibedah tiba-tiba kan?

Yelah, anak sulung, kita pun tak berpengalaman, yang saya tahu adalah, "Semua yang bersalin bakal merasai contraction dan akhirnya bersalin normal" :D

Rupanya, tidak.

Elok-elok minggu ke 38, saya pergi check up mingguan, Dr beritahu, blood pressure saya tinggi tiba tiba. ehh, selama 9 bulan sebelum semuanya normal, kenapa minggu terakhir tu bp naik macam tu?

Saya kena admit wad dan disuruh berehat.

Hari ketiga saya admit, bp naik lagi dan lagi sampailah ke 200. Uish tak terbayang, tapi saya tak pening, tau.

Akhirnya saya diberi induce melalui bawah tiga hari berturut turut, tapi YANG PELIKNYA, tiada contraction berlaku. Semua pun pelik, saya lagilah taktahu apa nak buat, dan akhirnya, ke bilik bedah untuk menjalani emergency cesar.

Berpantang
Kenangan melahirkan si sulung, muka sembab. Sebaik sahaja baby lahir, blood pressure automatik normal.


Allahu.

Itulah pengalaman pertama saya.

Sakitnya jahitan pembedahan itu, ALLAH je yang tahu.

Nak bangun tak boleh, nak mengiring tak boleh.

Otot perut bergetar getar, semua pun sakit!

Saya gagal menyusu walaupun dah cuba mengurut. Ya, inilah kali pertama.

Minggu seterusnya, saya admit semula ke wad seminggu akibat jangkitan pada jahitan, sakit! serius sakit sangat sangat.

Bila dimasukkan drip antibiotik, keadaan makin beransur pulih.

TAPIIII.... pada siapa yang pernah rasa drip antibiotik, rupa rupanya sangat sakit!

Nasib saya baik, jangkitan pada luka czer itu bukanlah nanah. Kalau nanah, Dr cakap, jahitan akan dibuka semula, Allahurabbi.

Memang trauma ok!

Pengalaman trauma pertama itu menyebabkan saya tak berani langsung nak angkat berat, sangat sangat menjaga jahitan, nak dukung anak lama lama pun tak berani sebab taknak masuk wad lagi.

Alhamdulillah, saya mula consume vitamin Shaklee selepas berpantang, luka saya semakin sembuh.

Itulah pengalaman pahit saya untuk anak pertama.


Mengandung lagi untuk anak kedua.

Dah namanya rezeki, saya mengandung lagi anak kedua.
Kali ini saya berusaha study lebih lagi.

Ada dua perkara yang saya betul betul fokus untuk kelahiran kedua ini :
1. saya nak bersalin normal
2. saya nak menyusukan anak.

Kali ini, saya bertekad sangat sangat untuk menyusukan anak kedua saya ini, setelah gagal dalam penyusuan untuk anak sulung.

Seawal mengandung, saya dah mula ambil set mengandung bersama protein.

Alhamdulillah, rezeki untuk anak kedua juga turut dibedah rupanya, disebabkan dah overdue dua minggu dan masih tiada tanda untuk bersalin.

Saya tak boleh diberikan induce lagi kerana dikhuatiri rahim terkoyak akibat dos induce yang sangat tinggi masa anak sulung dahulu.

Maka, saya melalui pembedahan untuk kelahiran kedua dengan tenang.

yang paling saya syukuri,

1) tiada lagi trauma berpantang berlaku, saya dah boleh manage kesakitan jahitan dan luka cepat sembuh

2) Saya dapat menyusukan anak lebih dua tahun, masyaallah! Sangkaan susu sikit akibat keturunan adalah meleset sama sekali, dan saya berjaya buktikan jika ada ilmu dan cara, insyaallah Allah izinkan juga setelah berusaha.

Macammana saya hadapi kesukaran menghilangkan rasa sakit pembedahan dan proses berpantang lebih mudah untuk anak kedua ini?





Alhamdulillah, saya rasa sangat sangat bresyukur dilorongkan Allah untuk berjumpa dengan vitamin Shaklee ni, kerana ia membawa perubahan besar dalam hidup saya.

Bila sakit, macam macam emosi timbul. Jadi para suami, fahami lah, isteri anda yang anda kahwini tu, awalnya lemah lembut boleh bertukar garang selepas melahirkan anak, mesti ada sebabnya.

Salah satunya, apabila mereka mendapati perubahan pada fizikal badan, sakit dalaman dan emosi yang tidak menentu.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat dan kesan yang besar buat anda yang memerlukan.

Dapatkan set berpantang Shaklee dari saya;


Ainul Malik
Whatsapp/call : 0163353567
facebook : Ainul Malik
Instagram : Ainul Malik
Shaklee bukan saja mengubah hidup saya, ia turut mengubah hidup kawan kawan saya.

Comments